Saturday, November 19, 2016
Friday, November 18, 2016
Rakyat Malaysia berenang, menyorok dalam hutan elak ditangkap imigresen Australia
Mereka hidup dalam ketakutan diburu dan perlu nekad serta licik meloloskan diri daripada kepungan pihak berkuasa apabila berdepan dengan operasi.
Jika di Malaysia, kita menonton di televisyen bagaimana Imigresen Malaysia menyerbu penempatan pekerja asing dari Indonesia dan Bangladesh.
Suasananya sama di sini, cuma yang diburu adalah rakyat Malaysia yang bekerja secara tidak sah. Nasib orang kita sama dengan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia. Menyedihkan.
Seorang pekerja Malaysia turut berkongsi pengalamannya berdepan dengan serbuan di kawasan ladang blueberry di utara Coffs Harbour yang menyebabkan 34 rakyat Malaysia termasuk dua kanak-kanak ditahan Ogos lalu.
Shahdam, awal 50-an, yang berasal dari utara berkata, pasukan imigresen membuat serbuan secara teratur dengan membuat kepungan darat termasuk menggunakan anjing pengesan.
Di udara pula, helikopter membuat tinjauan untuk mengesan pergerakan pekerja haram yang melarikan diri.
“Mana hang nak lari? Bila terdesak, mesti buat benda nekad, ada yang sampai berenang dalam tasik. Ramai yang selamat dengan cara ni.
“Ada yang masuk hutan menyorok, bila line clear kita keluarlah. Kalau di ladang, kita mesti lari dalam pelbagai arah secara individu, jangan bergerak dalam kumpulan, apa kat depan, redah terus,” katanya.
Selepas menggempur ladang, Imigresen Australia juga membuat operasi di stesen-stesen kereta api bagi mengesan pekerja haram yang mahu melarikan diri ke kawasan lain.
Bagi pekerja yang memiliki kenderaan sendiri, misi mereka lebih mudah namun bagi Shahdam dan rakan-rakannya, mereka tiada alternatif yang lebih baik.
“Aku yang tak ada kereta payah lah, sampai ke stesen kereta api tak turun terus, duduk dalam kereta kawan dulu. Intai sekeliling.
“Bila dah sah line clear, baru beli tiket lepas tu menyorok dalam kereta dulu sebelum kereta api sampai,” dedah beliau.
Senator Australia Keluar Kenyataan Sokong BERSIH5
Senator Australia Nick Xenophon menyatakan sokongan terhadap himpunan BERSIH5 yang akan diadakan di Kuala Lumpur esok.
“Sebagai rakan baik Malaysia, Australia dan dunia harus beritahu, perkara yang sebenar.
“Dan hakikatnya rejim korup yang memerintah Malaysia secara kuku besi sedang menggugat kestabilan dan pengaruh tidak baik terhadap rantau kita.
"Semua rakyat Malaysia berhak mendapatkan kerajaan yang bersih, yang dipilih melalui pilihan raya yang bersih,” kata Xenophon dalam kenyataan hari ini.

Xenophon, sahabat pemimpin pembangkang yang dipenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, pernah hadir dalam perhimpunan BERSI3 pada 2012.
Beliau kemudian dilarang masuk ke negara ini.
Xenophon turut mengimbas kembali pertemuannya dengan Anwar pada 2012, kali terakhir beliau dibenar masuk ke Malaysia.
Katanya, Anwar, antaranya percaya bahawa ketelusan dan demokrasi yang mantap tidak ada di Malaysia sehingga menyebabkan rasuah dan kronisme menjadi faktor utama negara ini tidak berkembang.
“Kebimbangan itu terbukti dengan pemenjaraan Anwar dengan pertuduhan yang direka-reka kemudiannya dan skandal terkini berbilion dolar melibatkan 1MDB,” katanya.
Beliau juga mahu Australia menunjukkan kepimpinan dengan mempertanggungjawabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/363355

Tuesday, November 8, 2016
Lagi Rakyat Malaysia Dihalang Memasuki Australia
Lebih kurang 20 orang rakyat Malaysia dihalang daripada memasuki Australia dan telah dihantar pulang ke Malaysia oleh pihak berkuasa selepas penilaian mendapati mereka cuba memasuki negara itu untuk bekerja pada minggu lalu. Pengusiran itu menunjukkan pihak berkuasa Australia amat berhati-hati terhadap mereka yang cuba memasuki Australia untuk bekerja secara haram. Pengusiran itu sebagai tambahan kepada 44 pekerja haram yang dihalang memasuki Australia di Lapangan Terbang Gold Coast dan Perth 30 Julai lalu atas alasan sama. Sebelum itu, pihak berkuasa Australia menahan 34 rakyat Malaysia yang bekerja secara haram di sebuah ladang di Coffs Harbor, New South Wales. Menurut statistik rakyat Malaysia adalah kedua tertinggi yang didapati selepas China yang kini menetap secara haram di Australia iaitu selepas visa lawatan mereka tamat tempoh.
Subscribe to:
Posts (Atom)