Kutitip khabar dari Australia semoga terubat rasa rindu dan dapat berkongsi sedikit info dan ilmu....

Friday, May 19, 2017

Skim bantuan pakaian dan peralatan sekolah di Australia




Mulanya terbeliak juga biji mata tengok senarai harga pakaian sekolah untuk pelajar tahun 9 (tingkatan 3 di Malaysia). Kos untuk pakain musim Winter sahaja ialah lebih kurang $310 - $410 (tidak termasuk kasut) dan kos keseluruhan untuk pakain lebih kurang $770. Mujurlah ada skim bantuan dari pihak kerajaan Australia kepada pelajar yang 'layak' dapat juga meringankan beban ibu bapa .Bantuan kasut sekolah juga disediakan serta bantuan peralatan sekolah telah diberikan secara percuma semasa hari pendataran. 




                                   

Thursday, May 18, 2017

Daftar Anak Sekolah Di Australia....


....mudah sangat tidak seperti di Malaysia. Caranya hanya cari sekolah yang berhampiran dengan rumah anda secara online. Selepas itu buat temu janji melalui telefon. Antara dokumen yang waib dibawa bersama ialah Pasport,salinan Visa (penjaga dan anak yang mahu didaftarkan) dan untuk pelaar sekolah menengah perlu ada surat dari sekolah lama (surat pindah atau surat berhenti sekolah) an keputusan akhir ujian/peperiksaan (jika ada). Jika ada soalan...dipersilakan  












Wednesday, May 17, 2017

Inilah kerjaku di Australia....



...menjadi FTT di Australia memang 'best' sebab talian internet cukup laju dan murah.  

Saturday, May 13, 2017

Footscray, Melbourne.


(Dari Melbourne Central ke Footscray naik 'train' Sunbury)











Akhirnya sampai ke destinasi yang dicari.... 


Fiesta Malaysia Di Melbourne











Fiesta Malaysia tahun ini agak kurang meriah berbanding pada tahun 2016. Tidak banyak gerai yang mengambil bahagian dan jumlah pengunjung juga tidak seramai tahun 2016. Inilah kesempatan menikmati juadah dan berjumpa dengan rakan-rakan dari Malaysia. Semoga ada kesempatan berkunjung pada Fiesta Malaysia 2018 nanti.