Kutitip khabar dari Australia semoga terubat rasa rindu dan dapat berkongsi sedikit info dan ilmu....

Saturday, May 20, 2017

Harga Kang Kong Di Australia....


...MAHAL GILER......

Murahnya harga ayam di Australia....


...5 Kg cuma $10. Ayam yang dijual masih segar dan ditanggung Halal.

Mudah dan murahnya buat Lesen Memandu di Australia....


...hanya perlu membuat tempahan ujian komputer secara online atau untuk yang memerlukan khidmat jurubahasa perlu membuat tempahan di kaunter Vicroad (jika di Melbourne). 32 soalan perlu dijawab dan markah lulus adalah 75% atau 25 soalan perlu betul. Bayaran $40.90 untuk Ujian Komputer dan selepas lulus ujian komputer bayaran sebanyak $23.70 untuk lesen L yang boleh digunakan selama 10 tahun. Untuk info : Lesen memandu Malaysia atau Lesen memaandu Antarabangsa malahan dari Negeri-negeri lain di Australia hanya sah digunakan selama 3 bulan dari perlu diganti dengan Lesen Memandu di Victoria.

Yuran sekolah di Australia....


berbeza mengikut tahun contoh untuk tahun 10 (tingkatan 4 Di Malaysia) yurannya $14,637 dan untuk tahun 12 (tingkatan 6 di Malaysia) yurannya adalah $16,400. Yuran sekolah swasta jauh lebih mahal berbanding sekolah kerajaan. Namun yuran tersebut hanya dikenakan kepada pelajar dari luar negera, untuk pelajar Australia dan pelajar yang ibu bapanya mendapat visa (senarai visa yang layak boleh dirujuk dengan pihak sekolah) yuran tersebut tidak perlu dibayar.



Friday, May 19, 2017

Top 10 Best Cities to Live in the World

Genap 9 tahun...


2017 genap 9 tahun saya dalam bidang FOREX.  Impian menjadi Full Time Trader di luar negara mula tertanam bila saya sering mengalami masalah gangguan internet di Malaysia. Mulai saat itu saya mulai mencari negara yang menyediakan kemudahan internet yang pantas dan yang sesuai untuk berehat dan memiliki kemudahan awam yang lebih baik khasnya dalam bidang pendidikan. Setelah membuat tapisan dan kajian maka saya memilih Melbourne sebagai destinasi berdasarkan beberapa kriteria. Nantikan dalam post saya yang akan datang kenapa saya memilih Melbourne...

Skim bantuan pakaian dan peralatan sekolah di Australia




Mulanya terbeliak juga biji mata tengok senarai harga pakaian sekolah untuk pelajar tahun 9 (tingkatan 3 di Malaysia). Kos untuk pakain musim Winter sahaja ialah lebih kurang $310 - $410 (tidak termasuk kasut) dan kos keseluruhan untuk pakain lebih kurang $770. Mujurlah ada skim bantuan dari pihak kerajaan Australia kepada pelajar yang 'layak' dapat juga meringankan beban ibu bapa .Bantuan kasut sekolah juga disediakan serta bantuan peralatan sekolah telah diberikan secara percuma semasa hari pendataran.