Kutitip khabar dari Australia semoga terubat rasa rindu dan dapat berkongsi sedikit info dan ilmu....

Wednesday, May 31, 2017

Penumpang Pesawat MAS Dakwa Penerbangan Dirampas


Ujar lelaki yang dipercayai berasal dari Australia itu, kejadian terbabit berlaku pada penerbangan MH128 yang berlepas dari Melbourne menuju ke Kuala Lumpur. Malah Grainger turut memuatnaik aliran penerbangan terbabit yang menunjukkan laluan pesawat itu melakukan pusingan ke Melbourne.
Sementara itu, seorang pengguna Twitter bernama Mintakul Buruj mendakwa, pesawat itu masih berada di dalam landasan terpencil dan pasukan kecemasan dikerah ke lokasi kejadian. Dakwanya, jalan utama ke lapangan terbang Melbourne turut ditutup dan terminal berkenaan dikepung.
Polis Persekutuan Australia turut mengesahkan mereka sedang berusaha menangani insiden itu tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya. Sementara itu, MAS menerusi satu kenyataan berkata, penerbangan MAS dari Melbourne ke Kuala Lumpur itu terpaksa berpatah semula ke Melbourne ekoran gangguan seorang penumpang. Jelas kenyataan itu, pesawat terbabit berlepas pukul 11.11 malam waktu Australia dan dijangka tiba pukul 5.28 pagi Khamis. Namun pesawat berkenaan terpaksa berpatah semula selepas kapten penerbangan itu dimaklumkan oleh krew tentang tindakan seorang penumpang cuba memasuki kokpit.

"Pesawat MH128 selamat mendarat di Lapangan Terbang Melbourne pukul 11.41 malam dan ditempatkan di kawasan terpencil untuk menunggu tindakan lanjut pasukan keselamatan," tambah kenyataan itu. Semua penumpang telah keluar dari pesawat itu dan akan menjalani pemeriksaan skrin oleh pihak berkuasa Australia.




No comments:

Post a Comment