Kutitip khabar dari Australia semoga terubat rasa rindu dan dapat berkongsi sedikit info dan ilmu....

Tuesday, November 8, 2016

Lagi Rakyat Malaysia Dihalang Memasuki Australia

Lebih kurang 20 orang rakyat Malaysia dihalang daripada memasuki Australia dan telah dihantar pulang ke Malaysia oleh pihak berkuasa selepas penilaian mendapati mereka cuba memasuki negara itu untuk bekerja pada minggu lalu. Pengusiran itu menunjukkan pihak berkuasa Australia  amat berhati-hati terhadap mereka yang cuba memasuki Australia untuk bekerja secara haram. Pengusiran itu sebagai tambahan kepada 44 pekerja haram yang dihalang memasuki Australia di Lapangan Terbang Gold Coast dan Perth 30 Julai lalu atas alasan sama. Sebelum itu, pihak berkuasa Australia menahan 34 rakyat Malaysia yang bekerja secara haram di sebuah ladang di Coffs Harbor, New South Wales. Menurut statistik rakyat Malaysia adalah kedua tertinggi yang didapati selepas China yang kini menetap secara haram di Australia iaitu selepas visa lawatan mereka tamat tempoh.

2 comments:

  1. Bukan sahaja dinhantar balik terdapat banyak kolej reject malaysian application sebab mereka sudah hilang kepercayaan. Datang dalam holiday visa, apply protection, visa refused, overstay inilah kehidupan 70% malaysian di Australia. Ini disebabkan agen agen malaysia juga. Tipu pula protection visa 600aud mana ada 35aud je. Sebagain education consultant di Melbourne saya kesian pada pelajar pelajar yang betul betul (genuine) nak belajar di Australia. Hancur hidup mereka.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete