Kutitip khabar dari Australia semoga terubat rasa rindu dan dapat berkongsi sedikit info dan ilmu....

Saturday, December 3, 2016

12 lagi rumah diserbu pihak berkuasa Australia...

Picture: David Crosling

Difahamkan lebih kurang 12 buah rumah di kawasan Noble Park dan Springvale telah diserbu semalam dan pagi tadi oleh pihak immigresen Australia dalam usaha menjejak rakyat asing yang tinggal lebih masa dan bekerja secara tidak sah khasnya rakyat Malaysia dan Indonesia. Operasi besar-besaran yang giat dijalankan adalah hasil pembongkaran oleh wartawan Utusan Malaysia Saiful Haizan Hasam (gambar di bawah) pada 15 November lalu. 

Warga Malaysia yang tinggal lebih masa dan bekerja secara tidak sah di Australia kini terasa bahangnya dan ada yang trauma hingga terpaksa berpindah ke rumah rakan-rakan yang lain tapi ada juga yang  meneruskan kehidupan seperti biasa dan pasrah dengan takdir. Dengan perkembangan terkini maka Australia bukan lagi lubuk untuk mencari rezeki. 


6 comments:

  1. Adalah lebih baik wartawan itu bongkar kisah ikan2 paus, burung2 garuda & ikan2 jerung yg makan rasuah di Msia. Itu lebih bermanfaat dari selongkar kisah ikan2 bilis yg mahu cari rezeki halal.....ataupun kisah org miskin bila mana harga brg2 naik. Penoreh yg tak dpt menoreh bila hujan turun. Anak2& isteri mesti diberikan makan juga. Itu tak mahu diselongkar. Pekung dlm negara tdk mahu diubat.

    ReplyDelete
  2. Kan? �� Kacau hidup org yg tdk kacau dia seja��

    ReplyDelete
  3. Sekurang kurangnya ramai illegal immigrants yg teraniaya dapat diselamatkan dari lindah darat yang mengambil kesempatan.
    Ramai je yg dh terlibat menyesal, terikat dan tak dapat melepaskan diri.

    ReplyDelete
  4. Ye Ker..sy x tau lak smpai ade yg x dpt mlepaskn diri? Dr mne anda dpt crita ni? Bleh berikn sumber? Skadar ingin tau..kerana kami yg da dduk disini xde plak rse teraniaya..

    ReplyDelete
  5. Akak, betul ke akak ddk kerja kat sane? Saya teringin nak kerja@study kat sane. Akak under sape? Kalau boleh bantu, sangat appreciate ��

    ReplyDelete
  6. Allah...kerja halal apa kalau x follow undang2 sana..undang2 depa taj larang hangpa beribadah pun kan? Dok kata kerja halal..Banyaklah hang punya halal

    ReplyDelete