Kutitip khabar dari Australia semoga terubat rasa rindu dan dapat berkongsi sedikit info dan ilmu....

Friday, December 2, 2016

Khabar Duka Dari Melbourne...


Hari ini saya menerima khabar sedih lagi. Seramai 200 orang lebih telah ditahan oleh pihak immigeresen Australia di salah sebuah ladang terbesar di Melbourne. Pihak immigeresen bertindak agresif ekoran pendedahan oleh Saiuful Haizan Hasam (wartawan Utusan Malaysia) pada 15 November 2016 yang telah menyamar menjadi pekerja di ladang Cutri Fruit di Woorinen, Swan Hill, Victoria. Pendedahan eksklusif beliau bersama media yang merentasi sempadan melibatkan Utusan Malaysia, akhbar The Age yang berpangkalan di Melbourne dan rancangan 7.30 Report, Australia Broadcasting Corporation (ABC) bukan sekadar menyebabkan ramai rakyat Malaysia trauma malahan telah menerima kritikan dan cemuhan dari rakyat Malaysia dan warga asing lainnya yang mencari rezeki di Australia. Rakyat Malaysia adalah yang kedua paling ramai selepas China yang bekerja secara tidak sah di Australia. Sehubungan dengan itu, saya menasihatkan warga Malaysia yang berhasrat untuk datang bekerja di Australia supaya menangguhkan niat mereka dahulu atau memilih negara lain seperti New Zealand, Kanada, Korea Selatan atau mana-mana negara yang mahu menerima kehadiran warga Malaysia menjadi pekerja di negara tersebut. Kita berharap juga agar Utusan Malaysia yang terkenal dengan berita Fitnah  dan isu-isu yang merapu membuat pendedahan berkenaan nasib pekerja Malaysia di negara lain kahsnya di Singapura yang sering kita dengar menjadi mangsa ejen atau orang tengah hingga ada yang sanggup berenang merentasi Selat Tebrau melarikan diri dari majikan mereka di Singapura.

No comments:

Post a Comment