Kutitip khabar dari Australia semoga terubat rasa rindu dan dapat berkongsi sedikit info dan ilmu....

Friday, December 23, 2016

Merry X'Mas & Happy New Year


Medicare amat penting di Australia....




About Medicare

Medicare provides access to a range of medical services, lower cost prescriptions and free care as a public patient in a public hospital. All eligible Australian residents and certain categories of visitors to Australia can enrol in Medicare and access these services. We administer Medicare and pay Medicare benefits on behalf of the Department of Health, which is responsible for developing Medicare policy.
If you are eligible, Medicare covers:
  • free or subsidised treatment by health professionals such as doctors, specialists, optometrists, and in specific circumstances, dentists, and other allied health practitioners
  • free treatment and accommodation for public Medicare patients in a public hospital
  • 75% of the Medicare Schedule fee for services and procedures if you are a private patient in a public or private hospital – this does not include hospital accommodation and items such as theatre fees and medicines
We pay Medicare benefits in accordance with the legislation governing Medicare and we are not able to pay benefits outside of this legislation.
The Medicare Benefits Schedule (MBS) lists services that are subsidised by the Australian Government under Medicare. Check if a service is listed under Medicare on the Department of Health MBS Online website.

Medicare Safety Net

For high out of hospital medical expenses the Medicare Safety Net provides higher benefits to individuals, couples and families. Eligible out of pocket expenses are added up and when you reach a Medicare Safety Net threshold you will receive a higher benefit on eligible services for the rest of the calendar year.

Pharmaceutical Benefits Scheme

Many types of medicines cost much more than the price you pay. The Pharmaceutical Benefits Scheme (PBS) and the PBS Safety Net can reduce the cost of medicine. If you have an Australian Government concession card, you will pay even less for your PBS medicines when you show your card.

Private health insurance

If you or your family pay for private health insurance, you may be eligible for the Australian Government Private Health Insurance Rebate on your premiums.

Reciprocal Health Care Agreements

Medicare benefits are not available for treatment you receive overseas. However, the Australian Government has signed Reciprocal Health Care Agreements with some countries to cover Australians for the cost of essential medical treatment while they are visiting those countries.
These agreements also provide some health services and subsidised medicines to visitors from these countries when they are in Australia.
If you aren’t already enrolled in Medicare, you can complete a Medicare enrolment application form and submit the form along with identity and proof of residency documents to a service centre.

Boxing Day hari membeli belah di Australia...



         Date: Monday 26th of December 2016
         Time: 5am - 5pm

 The BIGGEST shopping day of the year in Melbourne is Boxing Day: Monday 26th December 2016 when shops throw open their doors for the annual Boxing Day sales.

Everything on sale is heavily discounted and priced to move.

Retailers (shops) open their doors often earlier than normal for keen shoppers who arrive early ready to snap up bargains.

TV Advertising has most major brand retailers open early with huge discounts and specials so get in early.

Thursday, December 8, 2016

Sepetang di Melbourne



























Awas Kontraktor Penipu....

sumber : info dari raan-rakan yang sudah terkena 'kencing' oleh kontraktor tersebut di atas.

Rumah Sewa Di Melbourne Melambung Naik...


Kadar sewa rumah di lokasi strategik di kota Melbourne mendadak naik khasnya rumah yang dilengkapi dengan peralatan dan perabot. Misalnya rumah sewa yang saya baru perolehi (gambar di atas) bayaran Bond  sahaja berjumlah $1907 ( RM 6,328 berdasarkan kadar tukaran semasa 3:31) yang perlu dibayar kepada Residential Tenancies Bond Authority (RTBA) dan sewa pendahuluan sebanyak $1907 (RM 6,3278) dibayar kepada ejen dalam bentuk Money order atau cek. Sewa bulanan RM 6,3278 untuk rumah 4 bilik  Persaingan mendapatan rumah sewa juga cukup sengit. Penilaian oleh pihak ajen cukup ketat. Pendapatan dan kecairan tunai menjadi keutamaan serta beberapa kriteria lain yang diambil kira. Pihak ejen mengutamakan pendapatan sebulan penyewa  70% dari kadar sewa bulanan.
























Wednesday, December 7, 2016

Misi memburu dipergiatkan esok dan lusa....


Immigresen Australia mempergiatkan memburu dan menghantar pulang warga asing yang tinggal lebih masa dan bekerja secara haram di Australia khasnya di Melbourne sehingga 9 Disember 2016. Rakyat Malaysia yang paling ramai tinggal lebih masa dan bekerja secara haram di Australia. Gaji rendah dan peningkatan kos sara hidup di Malaysia merupakan punca utama ramai rakyat Malaysia berhijrah ke Australia untuk bekerja yang kebanyakannya di sektor perladangan. Disarankan agar mereka yang tidak memiliki visa dan work right berehat di rumah dan berusaha membuat permohonan dengan kadar segera sebelum mereka ditahan dan dihantar pulang. Kepada rakyat Malaysia yang menyimpan impian untuk mencuba nasib mencari rezeki di Australia dinasihatkan agar melupakan impian mereka buat sementara waktu..... 

VISA

Definisi Visa

Visa ialah dokumen yang mewakili kebenaran oleh pihak immigration kepada pemohon untuk melepasi sempadan suatu negara asing samada secara sementara ataupun pada suatu tempoh masa yang tertentu. Namun kebenaran yang diberikan adalah bersifat subjektif aplikasinya ketika pemohon sudah berada pada situasi sebenar (lapangan sempadan). Maksudnya, bilamana pemohon sudah berada di sempadan negara yang ingin dikunjungi, kebenaran untuk melepasi sempadan tersebut bukan bergantung sepenuhnya seperti yang tertulis pada dokumen yang telah diberikan semasa memohon. Berjaya ataupun tidak pemohon melepasi sempadan negara tersebut akan diputuskan oleh pihak immigration yang sedang bertugas dilapangan sempadan. Jika pihak yang bertugas pada masa tersebut merasakan anda tidak layak untuk memasuki negara mereka, maka mereka memiliki kuasa penuh untuk membatalkan dokumen tersebut. Penilaian pihak bertugas adalah relatif terhadap regulasi undang-undang yang termaktub dalam negara mereka. Maka, fahaman dasarnya ialah, visa adalah dokumen kedua selepas passport yang bersifat mandatori yang membolehkan seseorang melepasi sempadan sesuatu negara demi menjaga dan menghormati daulat atau keselamatan negara yang dikunjungi.

Secara umumnya, visa terbahagi kepada (7) kategori asas;
  1. Single Entry Visa: Visa yang hanya boleh digunakan untuk satu kali kunjungan sahaja.
  2. Multiple Entry Visa: Membenarkan kunjungan lebih daripada satu kali dalam tempoh masa yang dibenarkan selagimana visa yang dimohon belum tamat tempoh.
  3. Business Visa: Kunjungan dalam tempoh masa yang singkat untuk menghadiri/mewakili/menguruskan sesuatu perbincangan rasmi, rundingan, dan/atau pembentangan hasil kerja TETAPI bukan untuk “take up employment”.
  4. Tourist Visa: Membenarkan pemohon bergerak bebas di dalam negara yang dikunjungi tanpa sempadan negeri dengan tujuan melancong sahaja bukan bekerja.
  5. Residence Visa: Visa yang digunapakai untuk “extended stay” tetapi bukan suatu bentuk “grant” yang membenarkan pemohon untuk “take up employment”.
  6. Working Visa: Visa yang membenarkan pemohon “to stay” dan “take up employment” untuk jenis kerja yang spesifik pada tempoh masa yang tertentu. Ia juga dikenali sebagai “work permit”.
  7. Elektronik Visa: Kebenaran yang direkodkan secara elektronik menggantikan visa yang “being issued” sebagai bentuk “certificate” atau “stamp”.



Kenapa Perlu Visa?


Lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20, akibat daripada pergerakan pengguna train yang terlalu pantas dan padat merentasi sempadan negara anggota di Eropah barat, passport dan visa bukan lagi dokumen yang praktikal untuk digunapakai bagi mengawal kemasukan pelancong. Maka, kelonggaran diberikan terhadap pelancong dalam negara ahlinya. Mungkin berlaku tanpa visa, pengunjung boleh merentasi sempadan dengan hanya menggunakan passport sahaja. Dalam situasi seperti ini, rundingan politik yang telah dipersetujui oleh ahli-ahli dalam negara kesatuan Eropah boleh menidakkan keperluan visa sebagai dokumen penduduk dalam negara ahlinya untuk merentasi sempadan negara-negara dalam kesatuan mereka.

Selepas perang dunia pertama, PBB ditubuhkan untuk menjadi platfom menjaga keamanan serantau. Salah satu daripada langkah utama yang dilakukan oleh PBB untuk menjaga daulat sempadan sesuatu negara ialah memperkenalkan Passport dan Visa sebagai dokumen mandatori seseorang bagi membolehkannya bergerak daripada satu negara ke negara yang lain. Cetusan solusi politik yang lahir daripada kesatuan Eropah menidakkan Visa sebagai dokumen mandatori bersama passport menjadikan Visa dikenali sebagai dokumen kedua selepas passport pada abad baharu ini. Oleh itu, Visa dan passport adalah dua dokumen yang berbeza dengan satu tujuan yang yang sama iaitu dokumen pengenalan diri merentasi sempadan negara asing.


Australia Visa





Berdasarkan pendapat peribadi saya, Australia merupakan negara yang memiliki regulasi imigrasi yang sangat fleksible didunia. Hal ini kerana, pada kes yang sangat kritikal seperti Subtentif visa dan/atau passport yang sudah tamat tempoh, Australia menawarkan “Temporary Visa” yang merupakan mekanisme penyelesaian untuk mengatasinya. Justeru, kerajaan Australia memperkenalkan istilah Bridging visa.


Asasnya, visa yang sah dikenali sebagai “Subtentif Visa”. “Bridging” visa, sesuai dengan namanya (Jembatan visa @ visa Jembatan) adalah mekanisme yang digunapakai hanya di dalam negara Australia untuk menyelesaikan masalah imigran yang berhadapan dengan Subtentif visa dan/atau passport yang sudah tamat tempoh. Ia merupakan jembatan penyelesaian dan bersifat sementara. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat anda boleh klik disini; Bridging. Visa ini terbahagi kepada lima (5) jenis utama, berkolerasi dengan lima (5) jenis kes asas yang berkaitan dengan Subtentif visa dan passport yang sudah/belum tamat tempoh. Bagi rakyat Malaysia, setahu saya, terdapat 23 jenis Subtentif visa yang berkaitan dengan “bekerja di Australia” dan lapan (8) jenis yang berkaitan dengan “visit/melancong”.


Secara umumnya, untuk menjawab pelbagai persoalan yang bermain difikiran anda berkenaan visa di Australia yang layak anda mohon, anda boleh bermula disini; Find a visa






Link di atas akan membawa anda kepada laman web rasmi Immigration Australia. Pada laman tersebut, anda boleh mencari dengan tepat jenis visa yang sesuai untuk anda dengan hanya mengisi beberapa maklumat ringkas. Jika anda tidak pasti dengan tempoh anda “stay”, “permanent” ke tak, etc… tipsya, anda hanya perlu mengisi tiga kotak utama (“Applying from”, “Nationality”, dan “Purpose”) dan yang lain letak “ALL”. And then, klik pada punat  “Find a visa”. Jika anda kurang faham dengan Bahasa Inggeris, tolong emailkan kepada saya entri@istilah@artikel tersebut dan saya akan cuba (jika ada kelapangan) untuk membantu anda memahamkannya.


Electronic Travel Authority (ETA) - subclass 601


Saya kupas serba sedikit berkaitan ETA ini memandangkan ia adalah visa yang amat popular dikalangan “pelancong” daripada Malaysia yang akhirnya “bekerja” disini. ETA merupakan Subtentif visa dalam kategori “visit/melancong” yang direkodkan secara elektronik bagi pemegang passport rakyat Malaysia (bukan kepada negara kelas ketiga atau miskin). Kelayakan pemohon adalah kepada mereka yang berada diluar negara Australia. Visa ini bukan untuk bekerja.


ETA membenarkan anda memasuki Australia selama tiga (3) bulan dalam satu masa sebagai pelancong atau lawatan business. Tempoh permit kemasukan adalah “banyak kali” dalam masa setahun. Dalam beberapa kes tertentu, anda juga boleh menggunakan ETA untuk tujuan belajar sehingga tiga (3) bulan disini.


Lawatan business adalah tertakluk kepada;
  • Tinjauan peluang perniagaan atau urusan perkerjaan;
  • Mengkaji, berbincang, rundingan atau deklarasi perniagaan/kontrak dengan syarikat yang berada di Australia dalam tempoh yang singkat;
  • Urusan diplomasi antara kerajaan;
  • Menghadiri conferences, pameran perdagangan atau seminar, dengan syarat anda tidak dibayar organisers untuk menghadirinya.
Sekiranya anda bercadang untuk tinggal lebih lama atas tujuan “visit” sahaja, anda boleh memohon Visitor visa (subclass 600) disini <klik>
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan visa ETA ini atau anda ingin memohonnya secara online, anda boleh bermula disini <klik>


Analisis Isu Semasa
Berdasarkan pemerhatian saya, selalunya, kepada orang Malaysia yang memasuki Australia menggunakan visa ETA @ Visitor visa, lalu bekerja di ladang akan menghadapi masalah seperti berikut:
  1. Merasakan bahawa mereka boleh bekerja di ladang dan bebas bergerak disekitar kawasan ladang dalam masa tiga (3) bulan daripada hari mereka memasuki Australia. Bermula anda memasuki kawasan ladang dengan berbekalkan visa ETA sahaja, jika anda dicekup oleh pihak berkuasa disini, anda akan dihantar pulang walaupun tempoh visa anda masih belum tamat.
  2. Kurang membaca dan merujuk kepada hanya “cakap-cakap” kenalan/kawan mereka yang sudah berada disini, itupun kawan/kenalan mereka yang kurang arif dan kurang membaca daripada sumber yang tepat, dan hasilnya adalah seperti kes yang nombor 3 ni;
  3. Lauk kepada “visa scammers”. Tidak semua agen visa yang ada disini berintegriti. Saya faham semua orang akan berhadapan dengan masalah integriti bilamana ia berkaitan dengan wang ringgit. Apatah lagi dalam bidang business. Dalam rata-rata agen visa yang saya temui disini, mereka menawarkan “bridging visa” atas nama “protection visa” atau “Working permit” atau “Working visa”. Maka, bagi yang kurang membaca mereka akan mudah terkeliru dengan trik agen yang sebenarnya membuat urusan untuk “bridging visa” sahaja dengan caj yang boleh mencecah sehingga beribu dolar dan bukannya untuk menggantikan “subtentif visa” anda yang sudah/belum/dalam proses untuk tamat tempoh. Biasanya trik mereka ini boleh sehingga memanipulasikan “enforcement letter” daripada firma guaman, yang mungkin bagi anda ia seolah-olah visa yang benar.
Jika anda tidak ingin bekerja dalam status overstay, maka perlulah apply visa yang valid untuk bekerja disini.
Sumber : http://backpackersdiaustralia.blogspot.com.au

Semakin ramai rakyat Malaysia diarah pulang....


Operasi besar-bsaran sedang giat dijalankan oleh pigak immigresen Australia untuk memburu rakyat asing yang tinggal lebih masa (tamat tempoh visa pelancong atau yang dibatalkan visa) dan yang bekerja secara haram (tiada work right). Menurut beberapa warga Malaysia yang sudah bertahun-tahun tinggal di Australia, hal seperti ini memang setiap tahun cuma bezanya kali ini dijalankan secara besar-besaran dan agak agresif. Ramai yang menyalahkan wartawan Utusan Malaysia, Saiful Haizan Hasam yang sebelum ini telah menyamar menjadi pemetik buah dan telah membuat cerita yang agak sensasi. Ekoran dari itu pihak immigresen Australia telah melancarkan oprasi memburu pasalah immigresen secara besar-besaran bermula 3 hingga 9 Disember 2016. Hal ini menyebabkan ramai yang bercuti untuk mengelakan dari dicekup oleh pihak immigresen Australia. 


Monday, December 5, 2016

Rakyat Malaysia No.1 Overstay di Australia....


Mencari Restoran Makanan Halal di Melbourne




Lepas jer check in...terus cari Restoran Nelayan guna google map...memang terkejut juga tengok harganya. Nasi dengan satu lauk $ 6 (RM 18) kerana nilai tukaran wang tiga kali ganda. Mencari restoran makanan halal di Melbourne cukup senang dengan adanya kemudahan internet. Selain Restoran Nelayan, terdapat lagi restoran lain yg mennyajikan makanan halal seperti PappaRich, OldTown, Bali Bagus, Blok M dan lain-lainnya.

Sunday, December 4, 2016

Penginapan pertama...

Discovery Melbourne menjadi tempat penginapan pertama kerana harganya yang agak murah bila tempah secara online.



Pandangan Kali Pertama Kotaraya Melbourne...





Inilah antara gambar yang saya ambil ketika mula menjejakan kaki di kotaraya Melbourne tahun 2015. Tanpa teman aku melangkah dengan seribu impian.... 

Saturday, December 3, 2016

12 lagi rumah diserbu pihak berkuasa Australia...

Picture: David Crosling

Difahamkan lebih kurang 12 buah rumah di kawasan Noble Park dan Springvale telah diserbu semalam dan pagi tadi oleh pihak immigresen Australia dalam usaha menjejak rakyat asing yang tinggal lebih masa dan bekerja secara tidak sah khasnya rakyat Malaysia dan Indonesia. Operasi besar-besaran yang giat dijalankan adalah hasil pembongkaran oleh wartawan Utusan Malaysia Saiful Haizan Hasam (gambar di bawah) pada 15 November lalu. 

Warga Malaysia yang tinggal lebih masa dan bekerja secara tidak sah di Australia kini terasa bahangnya dan ada yang trauma hingga terpaksa berpindah ke rumah rakan-rakan yang lain tapi ada juga yang  meneruskan kehidupan seperti biasa dan pasrah dengan takdir. Dengan perkembangan terkini maka Australia bukan lagi lubuk untuk mencari rezeki.