Kutitip khabar dari Australia semoga terubat rasa rindu dan dapat berkongsi sedikit info dan ilmu....

Wednesday, June 21, 2017

Harga Petrol Di Australia Berubah Mengikut Pasaran Global....

Harga Petrol Minggu lalu $ 1.209 1Ltr

Harga Petrol Isnin minggu ini (19.6.2017) $ 1.189 1Ltr

Harga Petrol  Rabu ( 21.6.2017) $ 1.179 1Ltr

     Harga Petrol di stesen minyak di Australia berubah hampir setiap minggu malahan kadang kala tiap hari. Kadangnya harga pada pagi hari berbeza pada sebelah petang. 3 situasi harag seperti di atas yang sempat saya rakamkan perubahan harga minggu lalu dengan minggu ini di stesen minyak United. Harga di antara stesen minyak juga berbeza-beza dan pada kebiasannya harga di stesen minyak United jauh lebih murah berbanding stesen minyak lain malahan di kalangan stesen minyak United sendiri berbeza harga walaupun mereka syarikat yang sama. 
      Walaupun Australia bukan negara Pengeluar minyak seperti Malaysia, namun harga Petrol lebih murah berbanding Malaysia bila dikira dari segi pendapatan perkapita dan gaji minimum rakyat. 

No comments:

Post a Comment