Kutitip khabar dari Australia semoga terubat rasa rindu dan dapat berkongsi sedikit info dan ilmu....

Friday, November 18, 2016

Senator Australia Keluar Kenyataan Sokong BERSIH5

Senator Australia Nick Xenophon menyatakan sokongan terhadap himpunan BERSIH5 yang akan diadakan di Kuala Lumpur esok.

“Sebagai rakan baik Malaysia, Australia dan dunia harus beritahu, perkara yang sebenar.

“Dan hakikatnya rejim korup yang memerintah Malaysia secara kuku besi sedang menggugat kestabilan dan pengaruh tidak baik terhadap rantau kita.

"Semua rakyat Malaysia berhak mendapatkan kerajaan yang bersih, yang dipilih melalui pilihan raya yang bersih,” kata Xenophon dalam kenyataan hari ini.
Xenophon, sahabat pemimpin pembangkang yang dipenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, pernah hadir dalam perhimpunan BERSI3 pada 2012.

Beliau kemudian dilarang masuk ke negara ini.

Xenophon turut mengimbas kembali pertemuannya dengan Anwar pada 2012, kali terakhir beliau dibenar masuk ke Malaysia.

Katanya, Anwar, antaranya percaya bahawa ketelusan dan demokrasi yang mantap tidak ada di Malaysia sehingga menyebabkan rasuah dan kronisme menjadi faktor utama negara ini tidak berkembang.

“Kebimbangan itu terbukti dengan pemenjaraan Anwar dengan pertuduhan yang direka-reka kemudiannya dan skandal terkini berbilion dolar melibatkan 1MDB,” katanya.

Beliau juga mahu Australia menunjukkan kepimpinan dengan mempertanggungjawabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/363355

No comments:

Post a Comment