Kutitip khabar dari Australia semoga terubat rasa rindu dan dapat berkongsi sedikit info dan ilmu....

Wednesday, December 7, 2016

Misi memburu dipergiatkan esok dan lusa....


Immigresen Australia mempergiatkan memburu dan menghantar pulang warga asing yang tinggal lebih masa dan bekerja secara haram di Australia khasnya di Melbourne sehingga 9 Disember 2016. Rakyat Malaysia yang paling ramai tinggal lebih masa dan bekerja secara haram di Australia. Gaji rendah dan peningkatan kos sara hidup di Malaysia merupakan punca utama ramai rakyat Malaysia berhijrah ke Australia untuk bekerja yang kebanyakannya di sektor perladangan. Disarankan agar mereka yang tidak memiliki visa dan work right berehat di rumah dan berusaha membuat permohonan dengan kadar segera sebelum mereka ditahan dan dihantar pulang. Kepada rakyat Malaysia yang menyimpan impian untuk mencuba nasib mencari rezeki di Australia dinasihatkan agar melupakan impian mereka buat sementara waktu..... 

No comments:

Post a Comment