Kutitip khabar dari Australia semoga terubat rasa rindu dan dapat berkongsi sedikit info dan ilmu....

Wednesday, December 7, 2016

VISA

Definisi Visa

Visa ialah dokumen yang mewakili kebenaran oleh pihak immigration kepada pemohon untuk melepasi sempadan suatu negara asing samada secara sementara ataupun pada suatu tempoh masa yang tertentu. Namun kebenaran yang diberikan adalah bersifat subjektif aplikasinya ketika pemohon sudah berada pada situasi sebenar (lapangan sempadan). Maksudnya, bilamana pemohon sudah berada di sempadan negara yang ingin dikunjungi, kebenaran untuk melepasi sempadan tersebut bukan bergantung sepenuhnya seperti yang tertulis pada dokumen yang telah diberikan semasa memohon. Berjaya ataupun tidak pemohon melepasi sempadan negara tersebut akan diputuskan oleh pihak immigration yang sedang bertugas dilapangan sempadan. Jika pihak yang bertugas pada masa tersebut merasakan anda tidak layak untuk memasuki negara mereka, maka mereka memiliki kuasa penuh untuk membatalkan dokumen tersebut. Penilaian pihak bertugas adalah relatif terhadap regulasi undang-undang yang termaktub dalam negara mereka. Maka, fahaman dasarnya ialah, visa adalah dokumen kedua selepas passport yang bersifat mandatori yang membolehkan seseorang melepasi sempadan sesuatu negara demi menjaga dan menghormati daulat atau keselamatan negara yang dikunjungi.

Secara umumnya, visa terbahagi kepada (7) kategori asas;
  1. Single Entry Visa: Visa yang hanya boleh digunakan untuk satu kali kunjungan sahaja.
  2. Multiple Entry Visa: Membenarkan kunjungan lebih daripada satu kali dalam tempoh masa yang dibenarkan selagimana visa yang dimohon belum tamat tempoh.
  3. Business Visa: Kunjungan dalam tempoh masa yang singkat untuk menghadiri/mewakili/menguruskan sesuatu perbincangan rasmi, rundingan, dan/atau pembentangan hasil kerja TETAPI bukan untuk “take up employment”.
  4. Tourist Visa: Membenarkan pemohon bergerak bebas di dalam negara yang dikunjungi tanpa sempadan negeri dengan tujuan melancong sahaja bukan bekerja.
  5. Residence Visa: Visa yang digunapakai untuk “extended stay” tetapi bukan suatu bentuk “grant” yang membenarkan pemohon untuk “take up employment”.
  6. Working Visa: Visa yang membenarkan pemohon “to stay” dan “take up employment” untuk jenis kerja yang spesifik pada tempoh masa yang tertentu. Ia juga dikenali sebagai “work permit”.
  7. Elektronik Visa: Kebenaran yang direkodkan secara elektronik menggantikan visa yang “being issued” sebagai bentuk “certificate” atau “stamp”.



Kenapa Perlu Visa?


Lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20, akibat daripada pergerakan pengguna train yang terlalu pantas dan padat merentasi sempadan negara anggota di Eropah barat, passport dan visa bukan lagi dokumen yang praktikal untuk digunapakai bagi mengawal kemasukan pelancong. Maka, kelonggaran diberikan terhadap pelancong dalam negara ahlinya. Mungkin berlaku tanpa visa, pengunjung boleh merentasi sempadan dengan hanya menggunakan passport sahaja. Dalam situasi seperti ini, rundingan politik yang telah dipersetujui oleh ahli-ahli dalam negara kesatuan Eropah boleh menidakkan keperluan visa sebagai dokumen penduduk dalam negara ahlinya untuk merentasi sempadan negara-negara dalam kesatuan mereka.

Selepas perang dunia pertama, PBB ditubuhkan untuk menjadi platfom menjaga keamanan serantau. Salah satu daripada langkah utama yang dilakukan oleh PBB untuk menjaga daulat sempadan sesuatu negara ialah memperkenalkan Passport dan Visa sebagai dokumen mandatori seseorang bagi membolehkannya bergerak daripada satu negara ke negara yang lain. Cetusan solusi politik yang lahir daripada kesatuan Eropah menidakkan Visa sebagai dokumen mandatori bersama passport menjadikan Visa dikenali sebagai dokumen kedua selepas passport pada abad baharu ini. Oleh itu, Visa dan passport adalah dua dokumen yang berbeza dengan satu tujuan yang yang sama iaitu dokumen pengenalan diri merentasi sempadan negara asing.


Australia Visa





Berdasarkan pendapat peribadi saya, Australia merupakan negara yang memiliki regulasi imigrasi yang sangat fleksible didunia. Hal ini kerana, pada kes yang sangat kritikal seperti Subtentif visa dan/atau passport yang sudah tamat tempoh, Australia menawarkan “Temporary Visa” yang merupakan mekanisme penyelesaian untuk mengatasinya. Justeru, kerajaan Australia memperkenalkan istilah Bridging visa.


Asasnya, visa yang sah dikenali sebagai “Subtentif Visa”. “Bridging” visa, sesuai dengan namanya (Jembatan visa @ visa Jembatan) adalah mekanisme yang digunapakai hanya di dalam negara Australia untuk menyelesaikan masalah imigran yang berhadapan dengan Subtentif visa dan/atau passport yang sudah tamat tempoh. Ia merupakan jembatan penyelesaian dan bersifat sementara. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat anda boleh klik disini; Bridging. Visa ini terbahagi kepada lima (5) jenis utama, berkolerasi dengan lima (5) jenis kes asas yang berkaitan dengan Subtentif visa dan passport yang sudah/belum tamat tempoh. Bagi rakyat Malaysia, setahu saya, terdapat 23 jenis Subtentif visa yang berkaitan dengan “bekerja di Australia” dan lapan (8) jenis yang berkaitan dengan “visit/melancong”.


Secara umumnya, untuk menjawab pelbagai persoalan yang bermain difikiran anda berkenaan visa di Australia yang layak anda mohon, anda boleh bermula disini; Find a visa






Link di atas akan membawa anda kepada laman web rasmi Immigration Australia. Pada laman tersebut, anda boleh mencari dengan tepat jenis visa yang sesuai untuk anda dengan hanya mengisi beberapa maklumat ringkas. Jika anda tidak pasti dengan tempoh anda “stay”, “permanent” ke tak, etc… tipsya, anda hanya perlu mengisi tiga kotak utama (“Applying from”, “Nationality”, dan “Purpose”) dan yang lain letak “ALL”. And then, klik pada punat  “Find a visa”. Jika anda kurang faham dengan Bahasa Inggeris, tolong emailkan kepada saya entri@istilah@artikel tersebut dan saya akan cuba (jika ada kelapangan) untuk membantu anda memahamkannya.


Electronic Travel Authority (ETA) - subclass 601


Saya kupas serba sedikit berkaitan ETA ini memandangkan ia adalah visa yang amat popular dikalangan “pelancong” daripada Malaysia yang akhirnya “bekerja” disini. ETA merupakan Subtentif visa dalam kategori “visit/melancong” yang direkodkan secara elektronik bagi pemegang passport rakyat Malaysia (bukan kepada negara kelas ketiga atau miskin). Kelayakan pemohon adalah kepada mereka yang berada diluar negara Australia. Visa ini bukan untuk bekerja.


ETA membenarkan anda memasuki Australia selama tiga (3) bulan dalam satu masa sebagai pelancong atau lawatan business. Tempoh permit kemasukan adalah “banyak kali” dalam masa setahun. Dalam beberapa kes tertentu, anda juga boleh menggunakan ETA untuk tujuan belajar sehingga tiga (3) bulan disini.


Lawatan business adalah tertakluk kepada;
  • Tinjauan peluang perniagaan atau urusan perkerjaan;
  • Mengkaji, berbincang, rundingan atau deklarasi perniagaan/kontrak dengan syarikat yang berada di Australia dalam tempoh yang singkat;
  • Urusan diplomasi antara kerajaan;
  • Menghadiri conferences, pameran perdagangan atau seminar, dengan syarat anda tidak dibayar organisers untuk menghadirinya.
Sekiranya anda bercadang untuk tinggal lebih lama atas tujuan “visit” sahaja, anda boleh memohon Visitor visa (subclass 600) disini <klik>
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan visa ETA ini atau anda ingin memohonnya secara online, anda boleh bermula disini <klik>


Analisis Isu Semasa
Berdasarkan pemerhatian saya, selalunya, kepada orang Malaysia yang memasuki Australia menggunakan visa ETA @ Visitor visa, lalu bekerja di ladang akan menghadapi masalah seperti berikut:
  1. Merasakan bahawa mereka boleh bekerja di ladang dan bebas bergerak disekitar kawasan ladang dalam masa tiga (3) bulan daripada hari mereka memasuki Australia. Bermula anda memasuki kawasan ladang dengan berbekalkan visa ETA sahaja, jika anda dicekup oleh pihak berkuasa disini, anda akan dihantar pulang walaupun tempoh visa anda masih belum tamat.
  2. Kurang membaca dan merujuk kepada hanya “cakap-cakap” kenalan/kawan mereka yang sudah berada disini, itupun kawan/kenalan mereka yang kurang arif dan kurang membaca daripada sumber yang tepat, dan hasilnya adalah seperti kes yang nombor 3 ni;
  3. Lauk kepada “visa scammers”. Tidak semua agen visa yang ada disini berintegriti. Saya faham semua orang akan berhadapan dengan masalah integriti bilamana ia berkaitan dengan wang ringgit. Apatah lagi dalam bidang business. Dalam rata-rata agen visa yang saya temui disini, mereka menawarkan “bridging visa” atas nama “protection visa” atau “Working permit” atau “Working visa”. Maka, bagi yang kurang membaca mereka akan mudah terkeliru dengan trik agen yang sebenarnya membuat urusan untuk “bridging visa” sahaja dengan caj yang boleh mencecah sehingga beribu dolar dan bukannya untuk menggantikan “subtentif visa” anda yang sudah/belum/dalam proses untuk tamat tempoh. Biasanya trik mereka ini boleh sehingga memanipulasikan “enforcement letter” daripada firma guaman, yang mungkin bagi anda ia seolah-olah visa yang benar.
Jika anda tidak ingin bekerja dalam status overstay, maka perlulah apply visa yang valid untuk bekerja disini.
Sumber : http://backpackersdiaustralia.blogspot.com.au

No comments:

Post a Comment